Friday, February 11, 2011

Sahabat


Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapa mu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agarsegala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

RENUNG-RENUNGKANLAH ...




Kadang-kadang aku merenung, kadang-kadang aku terfikir. adakah aku akan mempunyai sahabat seperti yang di nasihatkan oleh Al Qamah walaupun seorang? mungkin ya dan mungkin tidak. ALLAH s.w.t telah menentukan ape yang terbaik untuk diriku. 



Kuliah 1 praktikum 4 Kolej matrikulasi Johor 2007/2008


aku bersyukur kepada-Mu ya ALLAH, kerana mengurniakan aku dua orang sahabat yang betul-betul memahami dan sanggup bekorban demi sahabat. secara jujur, aku merindui dua orang sengal ini hehhe...ye, memang mereke sengal. namun, kesengalan itulah yang merapatkan kami. aku bukanlah A.Samad Said yang pandai berbicara, bukanlah William Shakespeare yang pandai bermadah. aku hanyalah Hazwan, yang pandai mengarut. so, ape-ape yang salah tentang pengarutan ini (btl ke ayat ni?), eloklah d tegur (kalau ckit2 tu..pejam mata je la ye). ini aku nak cite pasal 2 org sengal yang menjadi kerinduan aku bila dok jao ni. (jao je ingt, kl dekat..sori r).

            Basir                                                                               Padey

Haaaa...ini la dia muka dua org tu. (geng sori r ado gambar hudoh ni yah). aku mmg xleh nak lupa r kenangan-kenangan yang kami dapat. walaupun tidak serapat Abu Bakar dengan Rasulullah, tetapi tetap meninggalkan kesan dalam hidup aku.

masalah-masalah yang timbul, mmg x jadi masalah besar la. duit..? lagi la...

Basir : we, aku x pg makan mlm ni, x ckp duit r.
aku : dey, mu ade brape?
padey: aku ade RM30.
aku: aku ade RM40, jom mkn skali, sorg dapat RM20.
Basir: Tq geng.
(sori wei kl aku trsalah ubah ayat, lamo dh. x ingt dh ayt kita pakai)

sanggup wei kongsi saki baki daki yang ade hanya untuk makan skali. walaupun antara kami ni, basir la yang selalu pokai (sori bro ngta ckit hehhe), tp bila dia dah masyuk..mmg x ingt dunia r..bukan mksud ye dia pg dunia laen, maksud ye dia x lupe kita org la. belanja makan, bayar hutang2 semua (ye ko ni basir, aku maen bubuh ni).


yang aku paling kelakar n memang x leh lupa la. kalau lewat pg tutorkn...mmm, bukan tolong sainkan ok( tu kuliah je). untuk tutor ni, sorng lewat, tiga-tiga lewat. sanggup tu tunggu bia semua dah siap bru gerak. mane nak cari sahabat camni. slogan kita owg, denda sorg, denda semua (ade ke wei). tapi yang penting, kalau kene denda, mmg muka 3 ni je la selalu kene. xde ye kene sorg2.



itu la, mmg rutin harian kami. kalau x kene marah, kene denda. sampai madam amalina (lecture BI) malas dah nak kata ape kat 3 makhluk ni huhuhu. yang padey ni, kalau malam kita owg selalu lepak kat dataran temenggung (temenggung je ade, raja dah kene out). so padey ni selalu la kira kepal-kapal terbang yang lalu atas kepala kami ni. ape nak jadi gan budak ni aku pun xtau la. mmm...kata orang je kan aku ni. aku xde perngai pelik2 cam dorng ok...aku cool je hehhee...

aku memang betul2 bersyukur atas kurniaan ini. kalau nak dicite kan ttg jasa2 sorg ni, mmg x dpt nk tulis r...kene buat video. penat beb tulis ni. ape2 pun, aku berharap agar nikmat ini di kurniakan lagi oleh ALAH s.w.t. lagi ramai, lagi bagus. aku pun dah x nak mengarut ape ni, mata pun dah ngantuk. so jangan ganggu aku hehhe...nanti aku cite lagi kisah2 sengal hidupku...salam..



p/s: hargai kawan lebih dari kekasih.

0 comments:

Post a Comment

 
;