Tuesday, October 20, 2015 0 comments

Insomnia


Yeah.. mende ni memang musuh utama aku. Aku pun xtau la ape nak buat lagi.
macam sekarang ni, pukul 3.30 a.m dan aku masih menghadap laptop
selepas 2 jam aku buat skill yang berkelas dunia untuk tidur.

"Dear 3.00 a.m, We have to stop meeting like this.
I'm rather date with 5.00 a.m without U.
doesn't mean I hate U. But for sake of my day-life,
please understand me"

mungkin allah dah tetapkan supaya aku dapat menginsafi dan muhasabah
atas dosa-dosa yang telah aku lakukan. Insyaallah.
0 comments

wow... Bersarang dah Rupanya

Hari ini 20 Oktober 2015, 3.15 a.m. i'm wonder why suddenly terfikir nak buka blog ni. and then..terkezut gak. rupanya dah lame x update blog ni. ingatkan baru semalam update hehee :-)




ha... ni la blog aku yang dah 4 tahun tak diusik. kalau la blog ni macam rumah... 
mmmm
banyak makhluk-makhluk yang dah menumpang agaknya ye. 
kalau tumpang je xpe,
ni mungkin dah buat macam blog sendiri dah heheee..

Dalam 4 tahun ni, macam-macam perkara dah berlaku.
ada manis, masam, pahit, x de rasa.. bla bla bla...


entry ni aku buat khas untuk kawan jauh yang selalu cakap yang aku ni MISTERY (ntah la). Mistery ke aku ni. aku rase biasa je. maybe dia x kenal aku lagi kot hehee.

antara kenyataan yang dia cakap aku ni mystery:
~ eh ko ade GF ke? aku tengok ko macam ade, macam xde
~ asal ko x selalu update facebook n twitter macam orang len?
~ ade duit ke xde ke same je.
~ asal ko sekejap ade sekejap xde? (dlm fb slu nya)
~ masih menunggu siapa si dia..
~ n bla bla bla.. (malas nak taip)

bila teringat balik kata-kata dia ni, nak tergelak pun ade.


and, this are my answer....

~GF ramai... kawan study, kawan kerja, kawan FB.. tu la GF aku. yang special Allah masih simpan. nanti ade la tu.
~ Malas nak update. kan mistery, mana boleh bagitau ape-ape.
~ Hidup bukannya atas duit. Duit datang dan pergi. Yang kekal hanya Allah s.w.t. selagi ada Allah, maka hidup aku akan sama and bertambah baik. Insyaallah.
~ aku mana ade data plan. data plan aku masa kat Homesweet home je..(teratak bonda la mana lgi). so, online guna Unifi rumah sewa je. kalau keluar, maka terputuslah hubunganku dengan FB, twitter, and lain-lain.
~ aku pun tunggu gak, mana la Siti Khadijah aku ni... Jodoh tu di tangan Allah, sabar je.. nanti sampai la kad jemputan tuu.



Friday, December 2, 2011 1 comments

Sabar



Saat anda menangis sambil berkata: "Mengapa Allah membiarkan persoalan ini menimpaku?"
Katakan pada anda: "Kerana Allah Maha tahu bahawa anda akan tumbuh menjadi orang yang kuat.."

Bila anda mengeluh sambil berkata: "Mengapa persoalan tidak henti-hentinya menghampiriku?"
Katakan pada anda: "Kerana Allah sedang mendidik anda dengan cara itu. Bertahanlah! dan tunggu saat datangnya pertolongan Allah".


"Di dunia ini ada syurga. Barangsiapa
ketika di dunia tidak dapat
memasukinya, maka dia tidak akan
pernah masuk syurha akhirat. Syurga 
dunia itu adalah zikir kepada-Nya,
selalu berusaha dekat dengan-Nya,
dan merindukan-Nya."

...Dr. Aid Abdullah Al-Qarni




Jangan biarkan persoalan hidup membelenggumu, Allah menjadikan persoalan  bukan untuk menyiksamu.
Tetapi Allah sedang mendidikmu untuk menjadi orang kuat.
Hadapilah setiap persoalan dengan kesungguhan kerana pertolongan Allah beserta usaha kerasmu.


"Apabila engkau melihat orang yang
berilmu mncintai dunia, maka
curigailah ia mengenai agamnya,
kerana orang yang mencintai sesuatu ia
akan menyibukkan diri dengan apa
yang dicintainya itu"

...Umar Al-Khattab




 
;