Monday, July 4, 2011 0 comments

Kenapa KITA manusia???

Ape Itu MANUSIA?

gambar sekadar hiasan

Menurut pakcik WIKIPEDIA

Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologirohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.


Robot?


Menurut pakcik WIKIPEDIA lagi...

Robot adalah satu agen mekanikal pintar yang boleh menjalankan tugas pada sendiri,atau dengan bimbingan. Dalam amalan robot biasanya mesin elektro-mekanikal yang dipandu oleh komputer dan pengaturcaraan elektronik. Robot boleh auto atausepara auto dan datang dalam kedua-dua jenis asas: orang-orang yang digunakan untuk penyelidikan manusia seperti sistem, seperti ASIMO dan TOPIO,serta mereka ke dalam peranan yang lebih jelas dan tertentu, seperti robot Nano danGerombolan robot dan robot pembantu yang digunakan untuk membuat ataumenggerakkan benda atau menjalankan kerja yang mengotorkan tangan atau tugas berbahaya, seperti robot Perindustrian atau robot bergerak atau servis. 



Kenapa ROBOT direka??


saya rasa semua orang tahu bahawa robot dicipta dan direka untuk memudahkan KITA betul tak? ada juga yang mencipta robot untuk kegunaan sendiri (memang pentingkan diri). ada yang reka untuk keganasan macam A****** tul x? oleh itu, kita boleh rumuskan bahawa robot dicipta atau direka untuk kegunaan penciptanya. kalau nampak x function je, terus buang @ recycle tul x?


Macamana dengan MANUSIA?


Kita sering bercakap tentang teknologi, komputer terutamanya yang mengaturcara program robot. tetapi penahkah kita terfikir, kenapa kita dihidupkan, kenapa kita dicipta? Golongan ATHEISM berpendapat bahawa manusia terjadi sendiri tanpa pencipta. betulkah? adakah robot juga tanpa pencipta? Mengikut CHARLES DARWIN, manusia adalah berasal dari beruk yang melalui revolusi. yeke? kenapa ada lagi beruk-beruk yang tidak mengalami revolusi ini? ISLAM membuktikan bahawa manusia dicipta oleh ALLAH s.w.t melaui firman-Nya :

 AL-BAQARAH : 21
2:21

wahai manusia! sembahlah tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

inilah bukti ALLAH.s.w.t bahawa DIAlah yang menciptakan manusia. tetapi kenapa ALLAH mencipta manusia? penahkah kita terfikir mengenainya?

ROBOT vs MANUSIA


adakah tuan/puan, saudara/saudari, makcik/pakcik, Mr./Mrs sekalian marah jika saya mengatakan bahawa kita adalah robot. kenapa saya berkata seperti itu? (baca la lagi)


SIFAT ROBOT


ROBOT diciptakan dalam pelbagai nama, bentuk, rupa, warna dan macam-macam lagi. Diberi sumber tenaga seperti elektrik dan sebagainya untuk menjalankan tugas yang dia sendiri tidak mengerti. Tidak penah terfikir kenapa dia dicipta. Hanya mengikut program yang telah diatur dan dikawal. ROBOT hidup kerana diberi tenaga dan hidup kerana ingin menghabiskan tenaga yang diberi supaya dapat diberi tenaga lagi. dan mengulangi perkara yang sama berkali-kali. Bila sudah lama, tidak berfungsi dengan baik, akan di buang oleh pemiliknya. dah x berguna lagi.


MANUSIA?


Manusia diciptakan dalam pelbagai nama, bentuk, rupa, warna dan macam-macam lagi. Diberi nyawa untuk hidup. Kebanyakan MANUSIA sekarang tidak mengetahui tujuan kehidupan yang diberi.


Kita marah apabila ada orang cakap yang kita ini dikawal oleh orang lain. Hidup dalam kawalan betul x? c'mon la, aku independent la. sape yang berani control hidup aku. aku ada jalan aku sendiri la untuk hidup, ko x layak nak control aku. (macam tu serba cikit ayat-ayat manusia sekarang).


Tetapi adakah kita sedar, sebenarnya kita DIKAWAl, DICONTROL? oleh ape, siapa? jika kita ini dikawal, dicontrol oleh orang len, maknanya kita ni seperti robot la.

TREND


Kita sebenarnya dikawal oleh trend. percaya x? kalau siapa x ikut trend dianggap kuno, x bertamadun tul x. Trend telah mengawal manusia sejak berzaman lagi. kenapa kita tidak marahkan TREND kerana mengawal kita? tetapi memaki hamun siapa yang berani kawal kita.


BARAT


sedar x sedar kita sebenarnya ROBOT yang dipandu oleh orang-orang barat. mereka menetapkan ape yang sepatutnya kita lakukan, ape yang patut kita makan, minum, pakai dan macam-macam lagi. penahkan kita sedar bahawa barat telah mengawal kita dengan iburan yang melalaikan. mereka membuat american idols, kita pun buat la malaysia idol. hiburan yang membuatkan kita habis ribuan ringgit hanya untuk mengundi, bagi orang menang. tapi ape yang kita dapat? ye...kita dapat habiskan kredit untuk kita topup lagi dan habiskan lagi. 

barat juga telah menunuhkan kumpulan yang terpesong dari reality seorang MANUSIA. menubuhkan kumpulan PUNK yang mempunyai gaya hidup yang ntah ape-ape. tidak mempunyai tujuan dan dilalaikan oleh muzik-muzik dan pergaulan yang tidak terbatas.


kerana inilah saya berani mengatakan yang KITA adalah ROBOT yang tidak berguna apabila sudah rosak atau pun lapok.

MANUSIA SEBENAR

MANUSIA sebanar harus tahu tujuan hidup kerana tujuan inilah yang membezakan kita dengan ROBOT. jadi apa tujuan hidup kita?


AL-BAQARAH : 30
2:30
Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi."...

AL-ZARIYAT : 56


51:56
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku.

inilah tujuan kita yang sebenar iaitu beribadat dan menjadi khalifah. jadilah seorang hamba yang taat kepada tuannya kerana hidup ini hanya sementara sehingga kita dimatikan kelak...

carilah orang-orang yang lebih arif untuk mangajar kita untuk kembali kepada jalan-Nya.

AN-NAHL : 43

16:43
dan kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahuinya.


video

 
;