Friday, February 11, 2011 0 comments

Sahabat


Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapa mu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agarsegala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

RENUNG-RENUNGKANLAH ...




Kadang-kadang aku merenung, kadang-kadang aku terfikir. adakah aku akan mempunyai sahabat seperti yang di nasihatkan oleh Al Qamah walaupun seorang? mungkin ya dan mungkin tidak. ALLAH s.w.t telah menentukan ape yang terbaik untuk diriku. 



Kuliah 1 praktikum 4 Kolej matrikulasi Johor 2007/2008


aku bersyukur kepada-Mu ya ALLAH, kerana mengurniakan aku dua orang sahabat yang betul-betul memahami dan sanggup bekorban demi sahabat. secara jujur, aku merindui dua orang sengal ini hehhe...ye, memang mereke sengal. namun, kesengalan itulah yang merapatkan kami. aku bukanlah A.Samad Said yang pandai berbicara, bukanlah William Shakespeare yang pandai bermadah. aku hanyalah Hazwan, yang pandai mengarut. so, ape-ape yang salah tentang pengarutan ini (btl ke ayat ni?), eloklah d tegur (kalau ckit2 tu..pejam mata je la ye). ini aku nak cite pasal 2 org sengal yang menjadi kerinduan aku bila dok jao ni. (jao je ingt, kl dekat..sori r).

            Basir                                                                               Padey

Haaaa...ini la dia muka dua org tu. (geng sori r ado gambar hudoh ni yah). aku mmg xleh nak lupa r kenangan-kenangan yang kami dapat. walaupun tidak serapat Abu Bakar dengan Rasulullah, tetapi tetap meninggalkan kesan dalam hidup aku.

masalah-masalah yang timbul, mmg x jadi masalah besar la. duit..? lagi la...

Basir : we, aku x pg makan mlm ni, x ckp duit r.
aku : dey, mu ade brape?
padey: aku ade RM30.
aku: aku ade RM40, jom mkn skali, sorg dapat RM20.
Basir: Tq geng.
(sori wei kl aku trsalah ubah ayat, lamo dh. x ingt dh ayt kita pakai)

sanggup wei kongsi saki baki daki yang ade hanya untuk makan skali. walaupun antara kami ni, basir la yang selalu pokai (sori bro ngta ckit hehhe), tp bila dia dah masyuk..mmg x ingt dunia r..bukan mksud ye dia pg dunia laen, maksud ye dia x lupe kita org la. belanja makan, bayar hutang2 semua (ye ko ni basir, aku maen bubuh ni).


yang aku paling kelakar n memang x leh lupa la. kalau lewat pg tutorkn...mmm, bukan tolong sainkan ok( tu kuliah je). untuk tutor ni, sorng lewat, tiga-tiga lewat. sanggup tu tunggu bia semua dah siap bru gerak. mane nak cari sahabat camni. slogan kita owg, denda sorg, denda semua (ade ke wei). tapi yang penting, kalau kene denda, mmg muka 3 ni je la selalu kene. xde ye kene sorg2.



itu la, mmg rutin harian kami. kalau x kene marah, kene denda. sampai madam amalina (lecture BI) malas dah nak kata ape kat 3 makhluk ni huhuhu. yang padey ni, kalau malam kita owg selalu lepak kat dataran temenggung (temenggung je ade, raja dah kene out). so padey ni selalu la kira kepal-kapal terbang yang lalu atas kepala kami ni. ape nak jadi gan budak ni aku pun xtau la. mmm...kata orang je kan aku ni. aku xde perngai pelik2 cam dorng ok...aku cool je hehhee...

aku memang betul2 bersyukur atas kurniaan ini. kalau nak dicite kan ttg jasa2 sorg ni, mmg x dpt nk tulis r...kene buat video. penat beb tulis ni. ape2 pun, aku berharap agar nikmat ini di kurniakan lagi oleh ALAH s.w.t. lagi ramai, lagi bagus. aku pun dah x nak mengarut ape ni, mata pun dah ngantuk. so jangan ganggu aku hehhe...nanti aku cite lagi kisah2 sengal hidupku...salam..



p/s: hargai kawan lebih dari kekasih.
Monday, February 7, 2011 0 comments

Nasihat Untuk Pemimpin



Memandangkan campus aku sekarang tengah hangat berdebat untuk Pilihan Raya Kampus (PRK) yang akan dilangsungkan pada 16 Feb 2011 ni. So aku pun tercopy n paste la nasihat-nasihat yang mungkin berguna untuk bakal-bakal pemimpin nanti. PRK ini untuk memilih ahli-ahli Jawatan Perwakilan Mahasiswa (JPM) yang akan memimpin pelajar-pelajar di Universiti tercinta ini..(cinta ke?? hehhe).


2:30


Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu Berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi ini." Mereka berkata, "apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosakkan dan menumpah darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia Berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." ~2:30


  • setiap manusia yang dicipta oleh ALLAH S.W.T adalah seorang pemimpin. cuma cara memimpin setiap pemimpin itu berbeza. kebanyakkan calon-calon yang akan bertanding adalah kenalan aku. so aku tahu serba sedikit ideologi yang dibawa. aku akan cuba memahami lagi ideologi masing-masing sebelum menkritik atau memuji corak pimpinannya.
  • sebelum menjadi pemimpin, seeloknya kita tahu memimpin diri kita dahulu. pimpinan diri kita ke jalan yang lurus. 
1:6
1:7


tunjukilah kami jalan yang lurus. iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dumurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. ~1:6-7








seorang pemimpin haruslah mempunyai iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’


  • Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah.
  • Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit.
  • amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah





JADILAH PEMIMPIN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T


1. Niat Yang Ikhlas
Apabila menerima suatu tanggung jawab, hendaklah didahului dengan niat sesuai dengan apa yang telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dengan mengharapkan keredhaan-Nya sahaja. Kepemimpinan atau jabatan adalah tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan kemuliaan.


2. Lelaki
Wanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan beruntung kaum yang dipimpim oleh seorang wanita (Riwayat Bukhari dari Abu Bakarah Radhiyallahu’anhu).




3. Tidak Meminta Jabatan
Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, ”Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan karena permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Berpegang Dan Konsisten Pada Hukum Allah
Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin. Allah berfirman, ”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (al-Maaidah:49). Jika ia meninggalkan hukum Allah, maka seharusnya dilucutkan daripada jabatannya.






5. Memutuskan Perkara Dengan Adil
Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).

6. Senantisa Ada Ketika Diperlukan
Hendaklah selalu membuka pintu untuk setiap pengaduan dan permasalahan rakyat. Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin atau pemerintah yang menutup pintunya terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinan kecuali Allah akan menutup pintu-pintu langit terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinannya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi).



7. Menasihati Rakyat
Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan kaum Muslimin lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mereka, kecuali pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama mereka (rakyatnya).”

8. Tidak Menerima Hadiah
Seorang rakyat yang memberikan hadiah kepada seorg pemimpin pasti mempunyai maksud tersembunyi, entah ingin mendekati atau mengambil hati. Oleh karena itu, hendaklah seorang pemimpin menolak pemberian hadiah dari rakyatnya. Rasulullah bersabda,” Pemberian hadiah kepada pemimpin adalah pengkhianatan.” (Riwayat Thabrani).

9. Mencari Pemimpin Yang Baik
Rasulullah bersabda,”Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau menjadikan seorg khalifah kecuali ada bersama mereka itu golongan pembantu, iaitu pembantu yang menyuruh kepada kebaikan dan mendorongnya kesana, dan pembantu yang menyuruh kepada kemungkaran dan mendorongnya ke sana. Maka orang yang terjaga adalah orang yang dijaga oleh Allah,” (Riwayat Bukhari dari Abu said Radhiyallahu’anhu).




10. Lemah Lembut
Doa Rasullullah,’ Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitnya, maka persulitlah ia, dan barang siapa yang mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut kepada mereka, maka berlemah lembutlah kepadanya.

11. Tidak Meragukan
Rasulullah bersabda,” Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam masyarakat, ia akan merusak mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Al-hakim).




12. Terbuka Untuk Menerima Idea & Kritikan
Salah satu prinsip Islam adalah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara ini adalah platform bagi rakyat untuk memberi idea atau kritikan kepada kerajaan & pemimpin agar sama mengembling tenaga & ijtihad ke arah pembentukan negara yang maju. Saidina Abu Bakar berucap ketika dilantik mnjdi khalifah, beliau menegaskan “..saya berlaku baik, tolonglah saya, dan pabila saya berlaku buruk, betulkan saya..”, manakala Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorg wanita ketika memberi arahan di masjid, dan beliau menerima teguran tersebut.








 
;