Saturday, December 26, 2009

Manchester United

Ha...ni aku nak cite pasal Team Faveret aku sekarang. Manchester United beb...dulu aku minat gan Liverpool..tp sejak owen pindah Real Madrid, aku tukar kat ManU coz ade sesuatu yang menarik minat aku. Aku suke tengok semangat diowng walaupun tengah kalah. so, ni aku cite pasal sejarah dia ek..(yg akutau je la) ni pun aku br cari dkm tenet..



Manchester United


Manchester United ditubuhkan pada tahun1878 yang dikenali dengan nama Newton Health LYR (Lancashire and Yorkshire Railway). pemainnya pada ketika itu terdiri daripada pekerja di depot kereta api tersebut. Pada tahun 1892, Newton Health LYR ditukar kepada Newton Health Football Club dan berpusat di Bank Street. Nama Manchester United gunakan secara rasmi pada tahun 26 April 1902 hasil pertemuan dewan direktor yang baru diketuai oleh John Henry Davies. sebelum itu, Manchester Central dan Manchester Celtic dicadangkan sebelum Louis Rocca mencadangkan nama Manchester United yang kemudianya diterima oleh hadirin yang hadir. Pada tahun 1902, Newton Heath F.C nyasir bankrup terancam untuk dibubarkan selamanya. Namun, club telah mendapat suntikan dana dari John Henry Davies yang menjadi direktor di Manchester Breweries. Ini semua berlaku apabila kapten pasukan pada masa itu (Harry Stafford) membawa anjingnya yang bernama Major untuk satu acara mengumpul dana. Namun setelah acara berakhir, Major malah hilang. Stafford yang pergi mencari anjingnya kemudian menemukannya tengah bersama Davies. Keinginan Davies untuk membeli Major bagi putrinya ditolak oleh Stafford. Pemain itu akhirnya berhasil memujuk Davies untuk meyuntik wang sebanyak £500 yang dapat membantu situasi kewangan Newton Heath pada waktu itu. Sesudahnya Davies kemudian ditunjuk sebagai ketua baru dan hal itu menjadi titik balik dimulainya era Manchester United.

Logo Newton Health LYR

Salah satu sejarah yang terpenting dalam sejarah ManU ialah peristiwa yang terjadi pada 6 Februari 1958. Terjadinya kecelakaan pesawat di Munich. ManU baru sahaja bertanding melawan club Yugvia Red Star Belgrade. Pesawat yang singgah di Munich untuk mengisi minyak telah tergelincir dari landasan dan merempuh hangar pesawat. seramai 23 telah terkorban. Matt Busby (manager) pada masa itu yang mengalami cedera parah dan dimasukan ke hospital. setelah keluar dari hospital, Matt Busby menbangunkan semula ManU yang hancur itu dan memenangi Piala Eropah untuk pertama kalinya pada tahun 1968.

Old Trafford (Theater Of Dream)

Old Trafford secara rasmi menajdi stadium baru ManU pada musim 1909-10 yang dimulakan saat ketua United, John Henry Davies membeli tanah bernilai £60 ribu. Henry kemudian meminta arkitek , Archibald Leitch untuk merancang stadium itu dengan anggaran £30 ribu. Stadium yang berkapasiti 76 212 itu diberi nama Old Traffird. Pada 19 Febuari 1910, perlawanan pertama di Old Trafford adalah melawan Liverpool yang dimenangi United dengan keputusan 3-4. Legenda United, Sir Bobby Charlton memberi nama julukan Theatre of Dream. Moskot United, Fred The Red bukanlah maskot yang pertama. pada tahun 1906-1909, maskot United adalah seekor kambing yang diberi nama Billy.

Fred The Red

Prestasi

Musin 1998-1999 adalah kemuncak bagi United kerana musim tersebut mereka telah merangkul Treble, iaitu Juata Liga Primer, Juala Piala FA dan Juara Liga Champions dalam waktu sebelas hari. Liga Primer dimenangi pada hari terakhir dengan megalahkan Tottenham Hotspurs 2-1. Juara FA dengan menumpaskan Newcastle United 2-0. Liga Champions dimenangi dengan penuh daramatik di stadium Nou Camp Barcelona dengan menundukkan Bayern Munich 2-1.

0 comments:

Post a Comment

 
;